Kontroversi Mohamad Aziz

Desak Ong dan Tsu Koon undur

Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.Beliau juga turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.[3] Kenyataannya mendapat reaksi negatif daripada lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong mengadakan protes di Menara PGRM bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan. Mereka juga menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.[4] Protes ini tidak diendahkan oleh beliau dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya dan juga tidak akan memohon maaf kerana beliau percaya bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen.[5] Di dalam tindakbalas terhadap kenyataan Datuk Mohamad, Tsu Koon berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz walaupun mengakui bahawa tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama.[6]